Friday, March 27, 2009

Bagaimana Untuk Menarik Perhatian Orang Lain???





KMN 3103

KOMUNIKASI KEMANUSIAAN



PN. ISMA ROSILA BINTI ISMAIL



AS-SHARA NISA’












































JULIZA BINTI ZAINI



UK17986



NOR ASMALIZA BINTI ALIAS



UK17760



NUR ATIKAH BINTI MUHAMMAD



UK17499



NAJIHAH BINTI ARIFFIN



UK18365



NOR FADILAH BINTI ROSWADI



UK17762



NIK NOR FARHANIS BINTI WAN DAUD



UK18432



NORSULYATI BINTI ISMAIL



UK17822



EMY SUHANA BINTI ABDULLAH



UK17374



NAI’MAH SYUKRIAH BINTI MOHD AJAZI



UK18052



NURELAINI BINTI ZAKARIA



UK17161




ISI KANDUNGAN

1.0 : DEFINISI KONSEP DIRI YANG MENARIK

2.0 : CIRI-CIRI KONSEP DIRI YANG MENARIK BERDASARKAN JANTINA

3.0 : TIP-TIP UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN

3.1- BAHASA SENYUM

3.2: KEMAHIRAN MEMUJI

3.3: GAYA BERJALAN SEORANG ‘GENTLEMEN’

4.0: MEMAHAMI KUASA BAHASA BADAN DALAM MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN

4.1: BAHASA TANGAN
4.2 : TANGAN BERSILANG
4.3 : TANGAN BERSILANG DI HADAPAN MUKA
4.4 : TANGAN BERSILANG KE BELAKANG

4.5 : TANGAN YANG MENYENTUH HIDUNG

5.0 : KESIMPULAN



1.0) DEFINISI KONSEP DIRI YANG MENARIK



Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan dalam buku mereka yang bertajuk Belajar Berfikir, konsep diri ialah gabungan segala macam kepercayaan kita berkenaan dengan diri kita, termasuklah apa-apa yang kita percaya tentang sifat-sifat semulajadi diri kita, ciri-ciri unik peribadi kita dan perangai-perangai kita.

Konsep diri yang positif ialah apabila kita membina kepercayaan yang baik seperti “Aku baik hati”, “Aku cantik”, “Aku penyabar” dan “Aku pandai main bola”. Begitu juga sebaliknya jika kita membina kepercayaan yang tidak baik dan seterusnya akan mempengaruhi konsep diri kita.

Konsep diri kita sangat kuat pengaruhnya keatas cara-cara bagaimana kita memproses apa juga maklumat berkenaan dengan diri kita sendiri dan bagaimana kita melihat diri orang lain.




2.0) CIRI-CIRI KONSEP YANG MENARIK BERDASARKAN JANTINA



Menurut Dato Dr Mohd Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar dalam buku mereka yang bertajuk Tip Menjadi Individu Menarik menyatakan bahawa:

2.1) LELAKI

a) Kemas

Tidak bermakna seorang lelaki perlu menempah pakaian harian berjenama supaya kelihatan menarik. Jelas wanita mementingkan kebersihan dan kekemasan daripada lelaki. Mereka sebenarnya meminta keadilan. Bayangkan bagaimana sesungguhnya wanita hendak mencantikkan diri mereka untuk berjumpa dengan seseorang lelaki. Dengan mengunakan segala macam alat solek, pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyegarkan semata-mata untuk lelaki yang mereka ingin temui. Alangkah kecewanya mereka apabila mendapati lelaki yang ditemui begitu mengecewakan dari segi penampilan sehinggakan tahi mata pun masih ada.

b) Kebijaksanaan emosi

Umumnya lelaki tidak pandai menunjukkan emosinya. Antara sebabnya ialah sifat lelaki yang keras dan rasional berbanding wanita. Pakar komunikasi mendapati lelaki yang mempunyai kepandaian dan bijak dari segi emosi lebih disukai oleh wanita.

c) ‘Gentlemen’

Lelaki yang gentlemen atau budiman dapat menarik perhatian orang ramai. Terdapat lima tip asas untuk menjadi lelaki budiman:

i) Dahulukan wanita dalam banyak perkara.

ii) Layan semua orang dengan rasa hormat yang asli dan sepenuhnya.

iii) Empati dengan keadaan orang lain.

iv) Lupakan masalah peribadi kita dengan orang yang kita temui.

v) Jangan lekang daripada mengucapkan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’.

d) Keyakinan diri

Lelaki sebagai pemimpin dan pembela kepada kaum wanita memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Keyakinan lelaki dapat dilihat apabila dia berhadapan dengan suasana yang menyukarkan. Apabila lelaki berhadapan dengan wanita contohnya, lelaki yang berkeyakinan terbuka dalam perbualan dan mampu membuatkan wanita ‘cair’ dengan keyakinan dirinya.

e) Berjiwa romantik

Lelaki berjiwa romantik memiliki ciri-ciri tertentu bergantung kepada kesesuaian seseorang wanita. Pada prinsipnya lelaki yang berjiwa romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham tentang keperluan wanita secara kejiwaannya.

f) Sifat seorang pendidik

Sifat pendidik ada pada seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang. Wanita melihat bagaimana seorang lelaki menguruskan dirinya, kewangan, pelajarannya, kerjayanya dan menilai sejauh mana lelaki itu boleh mendidiknya. Selalunya wanita memilih lelaki yang berperwatakkan seperti ayahnya. Sudah tentu mereka mencari lelaki yang boleh mendidiknya seperti ayah mereka yang membesarkan mereka.

2.2) WANITA


a) Sifat dan tingkah laku yang lembut

Kesopanan dan kelembutan seorang wanita bergantung kepada sifatnya sendiri dan juga persekitarannya. Kelembutan wanita boleh dilihat melalui lenggok jalannya, sopan langkahnya, pandai menyusun kata dan pekerti yang baik.

b) Ada sifat-sifat kebudakkan

Wanita yang memiliki sifat kebudakkan adalah apabila dia memiliki ciri manja, suka dibelai dan diberi perhatian seperti budak kecil. Disebabkan hormon estrogen yang ada pada wanita, suara wanita yang halus seperti suara kanak-kanak. Suara wanita yang halus seperti kanak-kanak disukai oleh lelaki.

c) Manja

Wanita yang berkelakuan manja ada daya penarik tersendiri. Wanita yang berkelakuan lemah-lembut menjadikan semua perkara dalam bentuk dan ruang kemanjaan. Apabila wanita bermanja dengan seorang lelaki, maka dia sedang membuka fungsi lelaki sebagai pelindung dan lelaki berasa dirinya berharga sebagai seorang lelaki.

d) Ada sifat keibuan dan penyayang

Lelaki memerlukan wanita yang memiliki ciri-ciri keibuan. Kerana sifat itulah yang mampu menjaga hal ehwal keluarga. Lelaki boleh melihat wanita ada sifat keibuan melalui cara seorang wanita itu mendukung bayi. Lelaki juga ada deria yang menunjukkan samaada wanita itu ada sifat keibuan ataupun tidak.



3.0) TIP MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN




3.1) Bahasa senyum

Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita. Kita juga boleh kenalpasti emosi seseorang dengan cara mereka senyum. Apabila seseorang senyum, tidak semestinya dia gembira. Terdapat tiga jenis senyum:

a) Senyuman tanpa mendedahkan gigi

Senyuman ini adalah senyum yang asas. Apabila seseorang senyum tanpa mendedahkan giginya, dia sebenarnya senyum kepada dirinya sendiri. Senyum ini juga digelar sebagai senyum ahli politik.

b) Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas

Seseorang senyum dengan cara ini apabila ada pertembungan mata dengan orang lain. Senyuman ini berlaku apabila seseorang bertemu dengan orang yang sudah dikenalinya seperti rakan, pengikut yang rapat ataupun ahli keluarga.

c) Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawah

Senyuman jenis ini selalu dilihat apabila seseorang berada dalam keadaan gembira dan mata akan mengecil ataupun seolah-olah terpejam.



3.2) Kemahiran Memuji

Lumrah kehidupan bahawa manusia suka dipuji,oleh itu,orang yang dipuji oleh kita akan suka mendekati kita.Namun begitu,kita perlu ikhlas dan bukanya ada sebab terselindung “ada udang di sebalik batu”

Terdapat dua jenis memuji:

a) memuji atas sebab peribadinya

b) memuji atas tingkah laku dan perbuatannya

Jangan berlebihan dalam memuji orang kerana pujian yang berlebihan dan tidak tepat dengan apa yang dia lakukan, hal ini boleh menjadikan individu itu syok sendiri.Samalah juga dengan memuji orang yang membuat perkara yang tidak baik.Apabila kita memujinya, seakan-akan kita menggalakkan dia membuat perbuatan itu lagi.

3.3) Gaya Berjalan Seorang Yang “Gentlemen

Ciri-ciri seorang yang berjalan dengan gaya gentlemen boleh dilihat apabila seseorang itu berjalan dengan penuh keyakinan.Dengan gaya berjalan yang bersesuaian,ia memperlihatkan personaliti menarik kita sebagai seseorang.Namun tidak bermakna kita perlu berjalan sambil mendabik dada (mengangkat tinggi dada),malah merendahkan bahu dan sentiasa tunduk.Hayunan kaki kita juga perlulah berjalan dengan rentak yang bersahaja tetapi teratur.Secara praktikalnya,gaya berjalan merangkumi cara kita menghayunkan kaki, gerak bahu, senyuman, dan kedudukan tangan kita.




4.0) Memahami Kuasa Bahasa Badan Dalam Menarik Perhatian Orang Lain

4.1) Bahasa Tangan (non-verbal)

Tangan terbuka melambangkan keterbukaan dan kejujuran.Apabila seseorang mengangkat sumpah, tangan mereka diangkat ke atas dengan terbuka.Ia adalah pergerakan yang tidak disedari oleh individu itu sendiri.Kita dapat menjangka seorang itu bersifat terbuka dengan gerak tangannya walaupun sebelum kita bercakap.

Tangan juga salah satu gerak badan yang berkuasa adalah gerak tangan.Apabila seseorang menggunakan gerak tangan yang sesuai, ia boleh memberikan isyarat status sosial yang mereka mahu tonjolkan.

Terdapat 3 gerak tangan yang berbeza:

  1. Gerak Menyerah
  2. Gerak Tangan Mendominasi
  3. Gerak Tangan Mengarah

4.2) Tangan Bersilang

Apabila seseorang menyilangkan tangannya,ia bermaksud dia mempunyai sikap yang negatif dan defensif kerana orang yang menyilangkan kedua tangannya apabila mereka merasa tidak selamat.

Apabila seseorang dikritik ataupun ditegur dikhalayak awam, mereka yang terasa dirinya dikritik akan menyilangkan tangan mereka.

4.3) Tangan Bersilang Di Hadapan Muka


Apabila seseorang meletakkan kedua-dua belah tangannya di muka, dia sebenarnyacuba mendominasi perbualan .Dia menyimpan pendapat yang negatif tentang apa yang diperkatakan oleh individu yang lain.Elakkan daripada melakukan gerak tangan sebegitu.Mungkin kita tidak sedar apa yang sedang kita lakukan, tetapi apabila kita sedar kelakuan kita itu,tukar kedudukan kedua-dua tangan segera.

4.4) Tangan Bersilang Ke Belakang

Ap Apabila tangan bersilang ke belakang menunjukkan individu tersebut berkuasa dan dominan. Contohnya, anggota polis, ahli politikdan pengurus selalu mengunakkan gerak tangan seperti ini.Mereka berjalan dengan tangan bersilang ke belakang bagi menunjukkan dia sedang mengawal keadaan.Ia selalu digunakan sebagai cara untuk menghilangkan rasa gemuruh dan berdebar semasa menunggu sesuatu keputusan,membuat perbentangan, menjalani proses temu duga dan lain-lain.

4.5 4.5)Menyentuh Hidung

eru Pakar mendapati ia tanda individu yang berkata-kata menipu ataupun tidak yakin dengan apa yang diperkatakan .Pakar juga berpendapat, apabila seseorang menipu, ia bermakna dia sedang membina imej mentalyang baharu.Ia menyebabkan saraf halus di hidung mula merasa gatal.

5. 5.0) Kesimpulan

Ti Tidak semestinya kita perlu menjadi sempurna untuk menjadi menarik. Kadang-kadang kelemahan atau kekurangan yang ada pada diri kita boleh menjadi daya penarik untuk menarik perhatian orang lain.Wajah yang menarik tidak bererti perwatakan seseorang individu itu menarik.

S S SUMBER RUJUKAN

1) D 1) Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar . (2005) . Tip Menjadi Individu Menarik . Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

2) Farisha Soffia . (2007). Kenali Wanita Melalui 4 Unsur . Pada : http://malaysiamaya.com/blog/farishasoffia (15 Mac 2009) .


3) Lazuardiblue (2007) . Memahami Bahasa Badan . Pada : http://lazuardiblue.wordpress.com/2007/10/27/ (15 Mac 2009).


4) Ronin (2007). Tentang Lelaki Idaman Wanita. Pada : http://resepicinta.blogspot.com/ (15 Mac 2009)

5) Ainon Mohd. & Abdullah. (2003) . Belajar Berfikir. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.